PBTSELANGOR

MPSJ: Kutip sampah pukal percuma mulai 16 Mei ini

SHAH ALAM, 4 MEI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal percuma di kawasan perumahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, kata yang dipertuanya.

Noraini Roslan berkata perkhidmatan itu dilakukan lima hari mulai 16 hingga 20 Mei dari jam 9.30 pagi hingga 3 petang.

“Penduduk yang mahu kutipan sampah pukal dilaksana di kediaman mereka perlu membuat permohonan mulai 4 hingga 17 Mei ini,” katanya dalam kenyataan.

Penduduk perlu mengemukakan permohonan kepada KDEB Waste Management Sdn Bhd di talian 03-8081 4437 dan kontraktor akan menghubungi menetapkan tarikh kutipan.

Pemohon juga perlu meletakkan sampah pukal seperti perabot dan peralatan elektrik lama (tidak termasuk sampah ubah suai rumah) di depan kediaman bagi memudahkan kontraktor melaksanakan kutipan.

Perkhidmatan ini hanya dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan MPSJ tidak akan membuat sebarang kutipan sampah pukal lagi selepas tamat tarikh yang dinyatakan.


Pengarang :