MPSJ menjalankan operasi meroboh lima gerai haram di Jalan Kinrara 2 yang didapati dibina atas rezab jalan.
PBTSELANGOR

MPSJ roboh lima gerai haram di Jalan Kinrara 2

SHAH ALAM, 10 MEI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) merobohkan lima gerai haram yang dibina di atas rezab jalan di Jalan Kinrara 2, Puchong semalam.

MPSJ memaklumkan tindakan itu dilakukan mengikut Seksyen 70, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 selepas mengeluarkan Notis Pemberitahuan Bangunan (NPB) kepada kesemua pemilik gerai dengan arahan untuk meruntuhkan bangunan dalam tempoh tujuh hari.

“Setelah tiada tindakan daripada pemilik, Notis Mengosongkan Dan Meruntuhkan Bangunan (NMMB) dikeluarkan di bawah peruntukan Seksyen 72(6) akta sama yang memberi tempoh 30 hari kepada pemunya premis untuk mengosongkan bangunan dan meruntuhkan sendiri bangunan tersebut,” katanya di Facebook.

Tambah MPSJ, operasi dilaksanakan kerana struktur haram dan binaan tanpa izin tersebut didirikan di atas rezab jalan, tidak mempunyai lesen perniagaan selain aduan diterima daripada orang awam.


Pengarang :