Pasukan petugas kesihatan Selcare menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 dari rumah ke rumah di Rantau Panjang, Klang pada 19 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Mukim Batu rekod kes baharu wabak tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 2 MEI: Mukim Batu yang terletak di daerah Gombak terus merekodkan jumlah tertinggi pesakit Covid-19 di Selangor iaitu 71 kes setakat 12 tengah hari tadi.

Menurut info grafik Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), terdapat kenaikan 35 kes baharu dicatat dari mukim berkenaan berbanding 36 kes semalam.

Sementara itu, sebanyak 24 mukim dikategorikan zon kuning antaranya Hulu Langat (33), Petaling (19), Klang (12), Tanjong Karang (11), Sungai Buloh (sembilan), Damansara (lapan), Bukit Raja (tujuh) manakala Ampang, Kajang, Kapar dan Tanjung 12 (2) masing-masing enam kes.

Tiga kes direkodkan di Rawang, Hulu Kelang, Cheras, Dengkil dan Jeram (dua) manakala Serendah, Setapak, Beranang, Semenyih, Labu, Api-api, Pasir Panjang serta Bagan Nahkoda Omar satu kes.

Zon hijau yang tiada kes adalah mukim Pancang Bedena, Sungai Panjang, Sabak Bernam, Batang Berjuntai, Ijok, Kuala Selangor, Pasangan, Hulu Tinggi, Hujung Permatang, Tanjung 12 (1), Teluk Panglima Garang, Bandar, Batu, Jugra, Kelanang dan Morib.

Mukim lain yang sifar kes termasuk Ampang Pecah, Batang Kali, Hulu Bernam, Kalumpang, Buluh Telur, Hulu Yam, Kerling, Kuala Kalumpang, Pertak, Rasa, Sungai Gumut, Sungai Tinggi, Kuang dan Hulu Semenyih.

Petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak empat kawasan masih dikategorikan sebagai zon merah Covid-19.

Kawasan berkenaan ialah Batu, Titiwangsa dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur serta Kuching di Sarawak.

 


Pengarang :