Anggota penguat kuasa MPK menjalankan pemeriksaan terhadap premis tanpa lesen yang dikendalikan oleh warga asing. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

Operasi tanpa lesen, tujuh premis warga asing disita

SHAH ALAM, 9 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) semalam menyita tujuh premis perniagaan milik warga asing yang beroperasi tanpa lesen di daerah itu.

Dalam operasi di Batu 2 Jalan Kapar, MPK menyita sebuah kedai runcit tanpa lesen serta menjual ayam hidup tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan itu.

Kesalahan sama turut dikesan di Jalan Temenggung membabitkan empat kedai runcit, sebuah kedai makan serta sebuah premis menjual minuman keras.

“Tali kuning ditandakan pada semua premis yang tidak mempunyai lesen. MPK mengucapkan terima kasih kepada orang awam kerana bekerjasama memberi maklumat peniaga warga asing,” kata MPK dalam kenyataan di Facebook.

Tindakan oleh Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPK dibuat susulan maklumat orang awam.

 


Pengarang :