Keadaan aliran trafik menuju ke Plaza Tol Rawang Selatan terkawal ketika tinjauan hari keempat Pergerakan Rentas Negeri yang memohon melalui aplikasi Gerak Malaysia pada 10 MEI 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pasangan suami, isteri terpisah boleh rentas negeri Isnin ini – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 30 MEI: Kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri bagi pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan mulai Isnin ini, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri berkata urusan merentas itu juga turut dibenarkan bagi hal kecemasan dan pekerjaan.

“Melalui Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pagi tadi kita setuju berikan kelonggaran merentas negeri melibatkan hal kecemasan, kerja dan suami isteri yang berjauhan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Ismail berkata kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Mana-mana yang kita dapati ia dibuka akan diambil tindakan segera. Polis dan pihak berkuasa tempatan perlu pastikan kelab malam ditutup kerana mereka melanggar peraturan PKPB. Saya ingin tegaskan kelab malam tidak boleh beroperasi,” tegasnya.

PKPB bermula 4 Mei lepas menyaksikan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan untuk beroperasi semula.

Pada 10 Mei, Perdana Menteri TanSri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB dilanjutkan hingga 9 Jun.

PKPB dilaksanakan dengan kelonggaran tertentu tetapi perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM).


Pengarang :