Aliran trafik di Plaza Tol Gombak menghala Karak sesak ekoran sekatan jalan raya ketika tinjauan pada 16 Mei 2020. FOTO: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Penduduk Melaka paling ramai cuba rentas negeri

SHAH ALAM, 22 MEI: Penduduk Melaka dikesan paling ramai cuba merentas negeri dipercayai untuk menyambut Aidilfitri di kampung, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata polis bagaimanapun mengarahkan semua mereka berpatah balik.

“Sebanyak 886 kenderaan di Melaka cuba merentas negeri, sekali gus menjadi rekod tertinggi, disusuli Perak (362 kenderaan) dan Pulau Pinang (284 kenderaan),” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Tambah Ismail Sabri sebanyak 2,539 kenderaan dikesan cuba merentas negeri di seluruh negara, semalam.

Katanya, peningkatan itu mungkin disebabkan pengumuman dibuatnya berhubung tiada lagi kebenaran rentas negeri.

Semalam, kerajaan memutuskan tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran Covid-19.

Mereka yang dikesan melakukan perkara itu akan diarah berpatah balik serta turut dikenakan kompaun serta-merta di sekatan jalan raya.


Pengarang :