Petugas kesihatan dan kakitangan MPK bersedia membuat ujian saringan Covid-19 ke atas penghantar makanan di Klang pada 1 Mei 2020. Foto Facebook MPK
AGENSISELANGOR

Penduduk Taman Langat Utama digesa jalani saringan Covid-19

BANTING, 31 MEI: Penduduk di sekitar Taman Langat Utama diminta menjalani saringan Covid-19 di sebelah bangunan Trans Air di sini hari ini.

Pejabat Kesihatan Kuala Langat dalam kenyataan memaklumkan saringan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu bagi mengenal pasti mereka yang berisiko dijangkiti wabak berkenaan.

“Digalak sama ada warganegara mahupun bukan untuk hadir bagi tujuan itu dan kita akan memanggil penduduk mengikut blok B sehingga F secara bergilir-gilir. Mohon semua memberi perhatian kepada pengumuman yang akan diumumkan,” katanya.

Komuniti di kawasan terbabit turut diingatkan memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan sosial selain membawa kad pengenalan atau pasport semasa menghadiri saringan itu.

Pada Jumaat lalu, Kuala Langat mencatat 20 kes baharu positif Covid-19 membabitkan pekerja pembersihan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tinggal di daerah berkenaan.

Pertambahan membabitkan mukim Tanjung 12 (dua) sekali gus meleburkan rekod zon hijau yang dipegang daerah itu sejak 8 Mei lalu.


Pengarang :