Kakitangan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat saringan ke atas penghuni dan kakitangan Rumah Seri Kenangan Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan. Foto Facebook Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Penghuni, kakitangan Rumah Seri Kenangan Kemumin buat saringan Covid-19

SHAH ALAM, 5 MEI: Seramai 100 penghuni warga emas dan 50 kakitangan Rumah Seri Kenangan Kemumin di Pengkalan Chepa, Kelantan menjalani saringan Covid-19 bermula hari ini.

Difahamkan program saringan dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu adalah usaha membendung penularan Covid-19 dalam kalangan warga emas yang berisiko tinggi mendapat jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan ringkas di Facebooknya berharap semua kakitangan dan penghuni pusat jagaan itu bebas jangkitan Covid-19.

Kelmarin, Dr Noor Hisham berkata program saringan terhadap pekerja dan penghuni pusat jagaan warga emas akan dimulakan terhadap 17 Rumah Sri Kenangan dan Rumah Ehsan di bawah seliaan JKM.

Selepas itu, saringan dilaksanakan di 357 pusat jagaan berdaftar mengikut Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) dan 26 rumah jagaan kesihatan swasta (nursing homes) yang berdaftar mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).


Pengarang :