PBTSELANGOR

Penjaja perlu kebenaran MDKS sebelum beroperasi

SHAH ALAM, 13 MEI: Penjaja makanan dan minuman berlesen di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) perlu mendapat surat kebenaran pihak berkuasa tempatan itu sebelum membuka semula operasi perniagaan.

Berikutan itu, semua peniaga diminta hadir ke kaunter Jabatan Pelesenan MDKS untuk mendapatkan surat kebenaran dan jadual penggiliran perniagaan mulai hari ini.

“Tanpa surat kebenaran tersebut, penjaja tidak dibenar beroperasi. Penjaja yang beroperasi hanya dibenar menjalankan perniagaan secara bawa pulang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun,” kata MDKS di Facebook.

Semalam, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan penjaja makanan dalam kategori tidak berpremis (kendera saji dan penjaja tepi jalan) boleh membuka operasi mulai 8 pagi hingga 10 malam.

Bagaimanapun, ia terhad kepada pandu lalu, bungkus serta penghantaran sahaja, manakala membuka meja di kawasan kaki lima serta parkir tidak dibenarkan.


Pengarang :