AGENDANASIONAL

Perkeso nafi atur program saring di premis majikan

SHAH ALAM, 19 MEI: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menafikan pihaknya bekerjasama dengan MYEG Services Berhad (MyEG) untuk mengatur pelaksanaan Program Saringan Prihatin (PSP) di premis majikan.

Sebaliknya, Perkeso menjelaskan pendaftaran program hanya boleh dibuat melalui portal PSP PERKESO di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my

“Syarat dan prosedur saringan pula dipaparkan di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my, laman sesawang Perkeso di www.perkeso.gov.my dan media sosial rasmi Perkeso,” katanya melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pagi ini.

PSP merupakan program ujian saringan Covid-19 percuma yang dijalankan kepada pekerja termasuk pekerja asing bagi syarikat yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Majikan perlu mengatur temu janji dengan penyedia perkhidmatan untuk melaksanakan ujian saringan berkelompok sama ada di lokasi yang dipersetujui atau hadir ke klinik atau makmal penyedia perkhidmatan yang ditetapkan bagi tujuan pengambilan sampel.


Pengarang :