AGENSISELANGOR

Permohonan sijil halal dibuka dalam talian – Jais

SHAH ALAM, 15 MEI: Permohonan sijil halal di negeri ini boleh dilakukan secara dalam talian berikutan urusan secara langsung dengan kakitangan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam (Jais) ditangguhkan sementara waktu.

Jais menerusi Facebook berkata pemohon perlu memuat naik dokumen sokongan termasuk sijil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), penyata kewangan syarikat dan salinan sijil halal bahan-bahan mentah menerusi [email protected].

“Pemohon hendaklah menghantar surat aku janji menyatakan kesemua maklumat benar dan tidak mempunyai ramuan meragukan.

“Pembayaran fi permohonan boleh disemak melalui sistem MYeHALAL dan emel, kerja pengauditan di lapangan akan dilakukan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

“Bagaimanapun, prosedur yang dinyatakan adalah bersifat sementara berikutan situasi Covid-19,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh hubungi Bahagian Pengurusan Halal dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 1 petang di talian 03-5514 3724, 03-5514 3573 atau 03-5514 3721.


Pengarang :