(Gambar hiasan) Kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Siti Samihah Mohd Zain, 33, melakukan kerja dari rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PKP Bersyarat: Arahan kerja dari rumah kekal

SHAH ALAM, 20 MEI: Arahan bekerja dari rumah masih kekal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun hampir kesemua jabatan kerajaan kembali beroperasi, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah individu yang bekerja di rumah setakat ini dianggarkan sekitar 20 peratus memandangkan mereka tidak boleh menghantar anak ke sekolah atau taska yang belum beroperasi.

“Sebenarnya, masih tiada arahan untuk menarik balik (pekeliling) kerja dari rumah. Kita sudahpun membuka pejabat kerajaan walaupun tidak sepenuhnya.

“Daripada jumlah yang dibuka, 80 peratus bekerja di pejabat dan 20 peratus alasan kerja di rumah itu kerana tadika atau taska dan sekolah belum dibuka,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Kerajaan sebelum ini membenarkan taska beroperasi semula kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengusaha taska perlu mematuhi beberapa prosedur ketat yang digariskan Majlis Keselamatan Negara  bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak.


Pengarang :