Anggota polis dan tentera melakukan sekatan jalan raya di Lebuhraya Guthrie menghala ke Shah Alam pada 20 Mac lalu susulan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan Covid-19. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Polis ubah sekatan jalan di Petaling Jaya tengah malam ini

SHAH ALAM, 3 MEI: Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya akan mengubah lokasi sekatan jalan raya (SJR) serta membuka semula jalan yang ditutup di sekitar daerah itu bermula tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata langkah susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai esok bagi mengelak kesesakan.

“Polis akan menggerakkan sumber manusia sedia ada ke penugasan PKPB seperti rondaan, Op Cantas serta tugasan lain untuk pencegahan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota sedia ada akan digerakkan ke lokasi tumpuan awam seperti pasar raya, pasar, pusat komersial dan riadah.

Berikut ialah lokasi SJR yang dihentikan / ditutup:
– Tol Lebuhraya Baru Pantai (NPE) PJS 2
– Tol Subang
– Tol Sungai Buloh
– Tol Kota Damansara
– Kilometer 34.1 Lebuhraya Persekutuan (arah Klang)
– Persiaran Surian
– Royal Chulan (menghala keluar)
– Royal Chulan (menghala masuk)

Lokasi SJR yang baharu:
– Jalan Klang Lama, Batu 8 1/2 (berhadapan Wisma Ann Joo)

Penutupan jalan yang masih diteruskan:
– Jalan PJS 5/46, Jalan Gasing
– Jalan Persiaran Mahogani (Seksyen 9)
– Jalan Persiaran Jati (Seksyen 8) Kota Damansara
– Jalan Persiaran Sungai Buloh (TSB), Kota Damansara

Penutupan jalan yang tidak lagi beroperasi:
– Lampu isyarat PJU 8/1 Damansara
– LDP susur keluar Mutiara Damansara

Laluan alternatif:
– Jalan Persiaran Kenanga – Tol Kota Damansara
– Jalan Persiaran Surian – Palm Spring Kota Damansara
– Jalan Persiaran Tropicana – Casa Tropicana


Pengarang :