Peniaga Restoran Al Falah Noori di Seksyen 20, Shah Alam beroperasi seperti biasa susulan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Premis boleh dibuka, EXCO minta peniaga patuhi SOP

SHAH ALAM, 2 MEI: Peniaga yang dibenarkan beroperasi mulai Isnin ini perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata langkah itu bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dibendung susulan kelonggaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pihak berkuasa tempatan seluruh negeri melalui jabatan dan penguat kuasa akan terus memantau situasi kerana pelaksanaan PKPB memerlukan lebih tanggungjawab,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan PKPB dilaksanakan bermula 4 Mei ini bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Antaranya, restoran dibenarkan beroperasi dengan syarat mematuhi SOP perniagaan, aktiviti sukan luar seperti bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton, joging, kayuhan basikal, golf dan larian tidak melebihi 10 orang dibenarkan dengan syarat mengamalkan penjarakan sosial.


Pengarang :