KPDNHEP membuat pemeriksaan terhadap barangan keperluan asas di premis perniagaan di Kajang pada 8 MEI 2020. Foto Sumber: KPDHEP
AGENSISELANGOR

Premis gagal pamer tanda harga dikompaun RM2,000

SHAH ALAM, 9 MEI: Sebuah premis di Kajang dikompaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) apabila gagal menyelenggara tanda harga.

KPDNHEP menerusi Facebook memaklumkan  pemilik premis  itu dikompaun RM2,000 dan diberikan amaran supaya tidak mengulangi kesalahan.

Katanya tindakan itu hasil pemeriksaan dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Semalam, KPDNHEP turut melakukan pemeriksaan di beberapa premis sekitar Puncak Jalil, Semenyih dan Cheras.

Hasil pemeriksaan didapati aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa, peniaga meletakkan tanda harga pada setiap barang yang dijual dengan jelas.

Selain itu, hasil pemeriksaan terhadap barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, sardin dan telur masih mencukupi.

KPDNHEP turut menegaskan peniaga agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan selain pengguna juga dinasihat tidak melakukan pembelian panik.


Pengarang :