AGENDAEKONOMINASIONAL

Ringgit dibuka rendah 4.3500/3550 berbanding dolar US

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Ringgit merosot daripada peningkatan semalam untuk diniagakan rendah berbanding dolar US dalam sesi awal hari ini, berikutan ketegangan yang meningkat antara Amerika Syarikat dan China yang mendorong pelabur untuk kembali kepada mata wang selamat, kata peniaga.

Sehingga 9.01 pagi ini, unit tempatan berada pada 4.3500/3550 daripada 4.3400/3480 semasa ditutup semalam.

Sementara itu, peniaga berkata laporan Indeks Pembuatan Harga (PMI) di seluruh dunia menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan global yang tidak mengejutkan berdasarkan aktiviti ekonomi yang terhenti sepenuhnya pada April dan sebarang pemulihan pada Mei akan menjadi ketara.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan rendah.

Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0671/0727 daripada 3.0650/0713 semalam dan merosot berbanding yen Jepun kepada 4.0382/0436 daripada 4.0256/0341.

Ringgit rendah berbanding euro kepada 4.7624/7683 daripada 4.7562/7667 dan susut berbanding pound kepada 5.3187/3266 daripada 5.3061/3180 sebelum ini.

– BERNAMA


Pengarang :