Bangunan Bank Negara Malaysia – Foto BERNAMA
AGENDAEKONOMI

Rizab antarabangsa BNM AS$102 bilion 30 April

KUALA LUMPUR, 8 MEI: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102 bilion (AS$1=RM4.29) pada 30 April, 2020.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata bank pusat dalam kenyataan hari ini.

Rizab antarabangsa berjumlah AS$101.7 bilion pada 31 Mac. BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa (setakat 30 April) terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$96.1 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$2.0 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).

Katanya, aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR yang berjumlah RM443.72 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM9.55 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM6.40 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.21 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset rizab lain (RM16.57 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM163.53 bilion), mata wang dalam edaran (RM121.36 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM157.10 juta), deposit Kerajaan Persekutuan (RM4.87 bilion), deposit lain (RM13.80 bilion), kertas Bank Negara (RM16.80 bilion), peruntukan SDR (RM7.87 bilion), dan liabiliti lain (RM2.19 bilion).

– BERNAMA


Pengarang :