Hee Loy Sian (dua, kiri) disertai ADN Tanjung Sepat, Burhan Aman Shah (kiri) menyerahkan sumbangan kepada masyarakat Orang Asli pada program Penyampaian Sumbangan Kepada Masyarakat Orang Asli Selangor Dalam Menangani Covid 19 DUN Tanjong Sepat di Balairaya MPKKOA Kampung Orang Asli Bukit Bangkung, Kuala Langat pada 16 Mei 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

RM300,000 bantu Orang Asli terkesan Covid-19

TANJONG SEPAT, 16 MEI: Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM300,000 bagi membantu masyarakat Orang Asli di Selangor yang terkesan susulan penularan wabak Covid-19, kata EXCO hal ehwal pengguna.

Hee Loy Sian berkata sumbangan dalam bentuk barangan keperluan asas bernilai RM50 setiap satu itu diagihkan demi meringankan bebanan ditanggung mereka.

“Setakat ini bantuan diserahkan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli,” katanya selepas penyampaian sumbangan Covid-19 di DUN Tanjung Sepat di sini hari ini.

Dalam majlis itu Loy Sian dan Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah menyerahkan bantuan kepada hampir 600 keluarga dari Kampung Orang Asli Tanjung Sepat dan Kampung Orang Asli Bukit Bangkong.

Beliau berkata selain barang makanan penduduk yang terjejas turut menerima sumbangan susu dan lampin pakai buang.

Kedua-dua kampung di DUN Tanjong Sepat itu merupakan antara penempatan Orang Asli terbesar di Selangor dari suku kaum Mahmeri.


Pengarang :