AGENDANASIONAL

RON95, RON97 naik tujuh sen, diesel naik enam sen

SHAH ALAM, 22 MEI: Harga runcit petrol RON95 naik tujuh sen kepada RM1.38 seliter manakala RON97 naik tujuh sen kepada RM1.68 seliter dan diesel naik enam sen kepada RM1.51 seliter, mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit produk petroleum itu ditetapkan secara mingguan menggunakan Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) dengan yang terbaharu bagi tempoh 23 Mei hingga 29 Mei ini.

“Kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.


Pengarang :