Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Saya tetap berhari raya di hospital – Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 22 MEI: Ketua pengarah kesihatan akan mengunjungi hospital selepas solat sunat Aidilfitri kali ini dan situasi itu sama setiap tahun dilakukannya dengan lokasi itu menjadi destinasi utama bersama petugas barisan hadapan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Aidilfitri tahun ini tiada beza bagi dirinya dan pastinya berdepan tanggungjawab lebih mencabar dalam usaha Kementerian Kesihatan (KKM) mengekang wabak Covid-19.

“Setiap tahun selepas menunaikan solat Aidilfitri, saya akan terus ke hospital bersama petugas barisan hadapan yang bekerja pada hari raya pertama dan tahun ini tak ada beza selepas solat di rumah saya ke hospital juga,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham juga terus merayu supaya masyarakat di negara ini terus tinggal di rumah dan mengelakkan dari berkunjung ke rumah jiran tetangga ketika sambutan perayaan nanti.

“Saya harap supaya masyarakat patuh dan pastikan mereka kurangkan aktiviti kunjung mengunjung dan mengikuti tatacara operasi piawai (SOP) iaitu amalan-amalan kebersihan, teruslah kekalkan angka positif kepada dua digit sahaja,” katanya.


Pengarang :