Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sidang media selepas Sesi Taklimat dan Perkongsian: Pejabat Koordinasi Industri Aeroangkasa Selangor Darul Ehsan (S-DAICO) di Bilik Mesyuarat MTES, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 18 Mei 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

SELangkah canggih, cubaan sabotaj gagal

SHAH ALAM, 18 MEI: Kecanggihan teknologi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) berjaya menggagalkan usaha pihak tidak bertanggungjawab mensabotaj sistem berkenaan.

Dato’ Menteri Besar berkata aplikasi bagi menjejak jangkitan Covid-19 dilengkapi ciri terkini yang mampu mengesan tanda awal jika sistemnya diganggu.

“Sistem ini sangat selamat, tiada kebocoran data walaupun ada cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk menggagalkannya,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media di Bilik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari ini.

SELangkah diperkenalkan bagi menjejak jangkitan virus di mana-mana premis perniagaan atau pejabat bagi mencegah penularan Covid-19.

Pemilik premis hanya perlu mencetak kod QR melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my dan mempamerkannya manakala pengunjung mengimbas kod tersebut.


Pengarang :