Penjawat awam mengimbas kod QR menggunakan aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) di Bangunan SUK Shah Alam pada 14 Mei 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOPILIHAN MINGGUANSELANGOR

SELangkah: Lebih 20,000 premis daftar, rekod 1.039 juta pengunjung

SHAH ALAM, 13 MEI: Aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) yang diperkenalkan minggu lalu merekodkan 1.039 juta pengunjung ke premis perniagaan sehingga 11 Mei.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata penggunaannya direkod melalui 21,064 premis berdaftar di seluruh negeri bagi menjejak jangkitan Covid-19.

“Selangor yakin inisiatif ini boleh menjadi sumber digital untuk meningkatkan kecekapan pengumpulan data, menjimatkan masa serta mengurangkan risiko jangkitan melalui perkongsian alat tulis jika kehadiran direkodkan secara manual,” katanya ketika sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

SELangkah yang dikendalikan Pemerbadanan Menteri Besar menggunakan konsep asas kawalan automatik bagi pendaftaran individu yang memasuki sesuatu premis dengan mudah dan pantas.

Dengan hanya mengimbas kod QR menggunakan telefon bimbit dan mendaftar maklumat, pengesanan kontak dapat dibuat jika terdapat kes Covid-19 di sesebuah premis.

Akses sistem tersebut turut dikongsi bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.


Pengarang :