Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis Penyerahan Sumbangan Al-Quran Wakaf Yayasan Restu kepada petugas barisan hadapan dan Pusat Kuarantin Covid-19 di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Seksyen 7 Shah Alam pada 9 Mei 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

SELangkah: Pengguna naik hampir dua kali ganda, MB ucap tahniah

SHAH ALAM, 9 MEI: Pengguna aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) naik hampir dua kali ganda hari ini apabila merekodkan 292,330 orang, berbanding 148,432 semalam.

Lima hari selepas diperkenalkan, aplikasi bagi mengesan kontak Covid-19 turut mendapat kepercayaan pelbagai pihak .

Berkongsi perkembangan baik itu di Twitter, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memanfaatkan aplikasi tersebut.

“Melangkah dengan selamat, pelihara keselamatan premis dan pengguna dengan sistem SELangkah,” tulisnya hari ini.

Dalam sidang media pagi tadi, Amirudin berkata Kerajaan Negeri berbesar hati kerana aplikasi berkenaan turut digunakan syarikat besar dan antarabangsa di premis mereka.

Pada 4 Mei lalu, Kerajaan Negeri memperkenalkan SELangkah iaitu sistem pendaftaran keluar masuk individu ke premis perniagaan atau jabatan kerajaan bagi menjejak jangkitan Covid-19.

Konsep SELangkah bertujuan melindungi premis perniagaan, pelanggan dan pasukan barisan hadapan dengan mudah dan pantas.

Pemilik premis diminta mencetak dan mempamer kod QR di tempat perniagaan melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my manakala pelanggan pula perlu mengimbasnya.


Pengarang :