Rakaman gambar siluet petugas kesihatan Selcare membuat ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Selayang pada 22 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Selangor catat 11 lagi kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 3 MEI: Selangor merekodkan 11 kes Covid-19 baharu hari ini dengan 10 daripadanya dicatatkan di daerah Gombak dan satu kes di Hulu Langat, kata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

 

Berdasarkan statistik kumulatif sebanyak 1,529 kes dicatatkan setakat ini dengan 216 kes aktif, 1,258 sembuh dan dibenarkan pulang sementara angka kematian kekal 18.

Dengan pertambahan kes, Gombak mempunyai jumlah kes aktif tertinggi di Selangor iaitu 87 diikuti Hulu Langat (48), Petaling (39) dan Klang (18).

Daerah Kuala Selangor pula merekodkan 12 kes aktif diikuti Kuala Langat (6), Sepang (3), Sabak Bernam (2) dan Hulu Selangor (satu).

Bagi jumlah kes kumulatif, Hulu Langat masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 480 kes diikuti Petaling (384), Gombak (225), Klang (178), Sepang (71) dan Hulu Selangor (51).

Manakala di Kuala Selangor terdapat 48 kes, Kuala Langat (32) manakala Sabak Bernam (24) sementara kes luar negara kekal dengan 36 kes.

 

 


Pengarang :