Petugas SELCARE melakukan saringan Covid-19 pandu lalu di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 19 April 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor rekod 24 pesakit baharu, empat kes import

SHAH ALAM, 1 MEI: Selangor merekodkan 24 kes baharu Covid-19 hari ini dengan empat daripadanya membabitkan kes import, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Berdasarkan data BGNS, pertambahan itu menjadikan jumlah terkumpul pesakit Covid-19 di negeri ini adalah 1,455.

“Gombak mencatatkan pesakit tertinggi iaitu 15 kes, Hulu Langat (dua kes) serta Petaling dan Klang masing-masing satu kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang masih dirawat di Selangor 157.

“Manakala, sebanyak 1,250 kes sudah pulih dan dibenarkan keluar hospital,” menurut BGNS.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi Twitter memaklumkan corak kes baharu di negeri ini menurun berbanding semalam yang mencatatkan 27 kes.

“Pelandaian keluk epidemik perlukan amalan penjarakan sosial dan kebersihan diri yang konsisten. Jangan kita gagalkan,” tulis STFC.

Malaysia merekodkan 69 kes baharu hari ini dengan 12 daripadanya melibatkan kes import.

Jumlah kes positif harian di negara ini kurang daripada 100 sejak 17 April lalu. Kementerian Kesihatan menyasarkan jumlah kes harian wabak turun kepada satu angka pada pertengahan bulan ini.


Pengarang :