Pasukan petugas kesihatan Selcare menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 dari rumah ke rumah di Rantau Panjang, Klang pada 19 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sembilan kes baharu di Selangor, langkah positif cegah Covid-19

SHAH ALAM, 26 MEI: Selangor merekodkan sembilan kes baharu Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari tadi, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

STFC menerusi Twitter memaklumkan catatan terbaharu dengan satu angka itu menunjukkan penurunan ketara berbanding 53 kes semalam dengan kes keseluruhan di Selangor sebanyak 1,838.

“Amalkan penjarakan sosial, jaga kebersihan diri dan pakai pelitup muka. Setiap hari kena buat, jangan jemu!” katanya.

Hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 187 kes positif baharu Covid-19 iaitu 177 daripadanya kes penularan tempatan manakala baki 10 kes import daripada jangkitan di luar negara.


Pengarang :