AGENSISELANGOR

Semua daerah di Selangor diramal hujan, ribut petir hingga Selasa

SHAH ALAM, 6 MEI: Semua daerah di negeri ini diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir bermula hari ini hingga Selasa depan, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Jangkaan dalam tempoh seminggu itu membabitkan Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Sepang, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Ia diramal berlaku pada waktu petang sementara pagi dan malam tiada hujan dilaporkan.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di Selangor.


Pengarang :