AGENDANASIONAL

Suhakam seru kerajaan sokong Majlis Media

SHAH ALAM, 3 MEI: Kerajaan wajar menyokong penubuhan Majlis Media yang matlamatnya mahu menambah baik serta meningkatkan standard kewartawanan ke tahap lebih tinggi.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata penubuhan majlis juga dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap media massa.

“Suhakam menekankan akses yang saksama kepada maklumat, jaminan kebebasan media dan kewartawanan serta penubuhan Majlis Media akan menjadi petunjuk komitmen Malaysia dalam memenuhi Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat,” kata kenyataan Suhakam sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini.

Tema Hari Kebebasan Akhbar Sedunia tahun ini ‘Kewartawanan Tanpa Rasa Takut dan Berpihak’.

Majlis Media ditubuhkan pada Januari lalu dengan permulaan membabitkan 17 anggota jawatankuasa sementara.

Tambah kenyataan, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akhbar dan media memainkan peranan penting menyampaikan maklumat betul dan terkini dan dalam masa yang sama memerangi berita palsu.

Berikutan itu, jaminan perlindungan penting untuk wartawan dan penerbit menjalankan tugas mereka dan bebas daripada segala ancaman mana-mana pihak.


Pengarang :