AGENDANASIONAL

Syarikat disaran lakukan temu duga secara dalam talian

SHAH ALAM, 23 MEI: Syarikat-syarikat disarankan meneruskan sesi temu duga secara dalam talian bagi pengambilan kakitangan baharu, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata amalan itu sudah diparktikkan di beberapa negara termasuk Malaysia dan ia wajar diteruskan selepas ini.

“Bagi mereka yang mendapat tawaran pekerjaan dan perlu melaporkan diri, saya harap pergi ke balai polis untuk medapatkan kebenaran memulakan tugas mereka,” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Selain itu, kerajaan bersetuju dengan permohonan jawatankuasa kawasan rukun tetangga (KRT) untuk mengadakan rondaan di bawah skim rodaan sukarela (SRS) di kawasan masing-masing.

Katanya, Kementerian Perpaduan Negara akan menyediakan tatacara operasi piawai (SOP) KRT melaksanakan rondaan SRS bagi memastikan ia mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“KRT memainkan peranan penting dalam memperkasakan masyarakat setempat bagi memastikan zon hijau terus kekal hijau dan selamat daripada Covid-19,” katanya.


Pengarang :