Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menerima sumbangan Tabung Covid-19 Selangor daripada enam syarikat, kesemuanya berjumlah RM485,000 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 15 Mei 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tabung Covid-19 terus terima sumbangan, 70 peratus sudah dibelanjakan

SHAH ALAM, 15 MEI: Sebanyak 70 peratus sumbangan Tabung Covid-19 Selangor sudah dibelanjakan untuk menangani penularan Covid-19 sejak dilancarkan pada 1 April lalu, kata pemangku ketua pegawai eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Soffan Affendi Aminudin berkata setakat ini hampir RM6 juta dikumpul hasil sumbangan syarikat swasta dan persendirian kepada Kerajaan Negeri.

“Kita sudah belanjakan yang pertama untuk petugas hadapan. Insya-Allah yang kedua dalam minggu hadapan kita akan belanjakan untuk golongan asnaf yang terkesan secara langsung dengan Covid-19, sekitar 2,000 orang.

“Sumbangan akan diberikan dalam bentuk wang tunai dan barang keperluan,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, berlangsung majlis penyerahan Sumbangan Tabung Covid-19 daripada enam syarikat yang kesemuanya bernilai RM485,000 kepada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari di Kediaman Rasminya, hari ini.

Syarikat yang memberi sumbangan ialah YTL Power (RM300,000), TNG Sdn Bhd (RM55,000) dan Kelab Rekreasi Emkay (RM50,000).

Tiga lagi, Setia Haruman Sdn Bhd (RM50,000) dan RM30,000 lagi daripada Affin Hwang Investment Bank Berhad manakala Maxis Berhad pula memberi sumbangan dalam bentuk sistem pesanan ringkas (SMS) bernilai RM500,000.


Pengarang :