Operasi pembersihan dan perpindahan pelajar tahfiz di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur yang diklasifikasi sebagai zon merah pada 23 Mac 2020. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
AGENDANASIONAL

Tahfiz di Lanchang kluster baharu Covid-19 – Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 2 MEI: Sebuah pusat tahfiz di Lanchang, Temerloh dikenal pasti sebagai kluster baharu Covid-19 apabila terdapat enam kes positif dilaporkan hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, susulan itu pihaknya akan melihat bagaimana untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan.

“Seperti kita laksanakan PKPD di sebuah madrasah di Sungai Lui, Hulu Langat di Selangor, jadi langkah sama akan kita lihat untuk dilaksanakan di tahfiz Lanchang ini.

“Semua pelajar, guru dan kakitangan akan disaring manakala kontak rapat kepada enam kes ini akan dikuarantin,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata setakat ini pihak Kementerian Kesihatan sudah menyaring 50 peratus pelajar dan guru di sekolah tahfiz di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu kadar positif Covid-19 adalah 4.7 peratus,” kata beliau.


Pengarang :