Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra pada 27 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Temu duga masuk universiti secara dalam talian – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 29 MEI: Temu duga pelajar bagi kemasukan ke universiti awam perlu dibuat secara dalam talian, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata urusan secara bersemuka tidak dibenarkan bagi mencegah penularan Covid-19.

“Memang kita tidak membenarkan pergerakan rentas negeri, justeru pelajar yang perlu melalui temu duga untuk kemasukan ke universiti awam boleh melakukannya secara dalam talian.

“Perkara ini sebenarnya sudah pun berjalan dengan pihak universiti memulakan inisiatif terbabit sejak April lalu,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Mengulas mengenai sama ada suami isteri dibenarkan merentas negeri untuk bertemu susulan kes Covid-19 menurun, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dibincang semula.

“Kerajaan akan berbincang semula sama ada kelonggaran akan diberi kepada pasangan ini merentas negeri sebelum tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) 9 Jun ini,” jelasnya.


Pengarang :