Jentolak merobohkan empat premis dibina atas tanah kerajaan di Jalan Kebun Nenas, Taman Sentosa, Klang pada 30 April 2020. Foto ihsan MPK
PBTSELANGOR

Tiga gerai jual ayam, satu bengkel diroboh MPK

SHAH ALAM, 2 MEI: Empat premis di Jalan Kebun Nenas, Taman Sentosa, Klang yang didirikan di tanah kerajaan tanpa kebenaran dirobohkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kelmarin.

MPK berkata premi di bahu jalan itu membabitkan tiga premis menjual ayam dan satu premis bengkel kenderaan.

Operasi turut disertai yang dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan serta kakitangan Pejabat Tanah Daerah Klang.

“Operasi dilakukan susulan notis dikeluarkan pejabat tanah untuk mengemas dan mengeluarkan barang masing-masing tidak dipeduli pemilik empat premis terbabit,” kata MPK dalam kenyataan.

Jelasnya, orang ramai diingatkan mematuhi undang-undang dan membuat permohonan lesen dan guna tanah jika ingin berniaga.


Pengarang :