Pegawai Kesihatan Pejabat Daerah Kuala Langat menampal notis perintah tutup premis selepas didapati kotor dalam Operasi Premis Bersih Ramadan 4/2020 di Banting Baru pada 11 Mei 2020. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

Tiga restoran kotor di Banting Baru diarah tutup

BANTING, 11 MEI: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengarahkan tiga premis makanan di Banting
Baru di sini ditutup 14 hari kerana terlalu kotor.

Yang Dipertuanya Mohamad Zain A Hamid berkata pemeriksaan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat menemui najis tikus di ketiga-tiga restoran dalam Operasi Premis Bersih Ramadan 4/2020 hari ini.

“Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kita akan sentiasa
memantau restoran dan kedai makan di daerah Kuala Langat,” katanya dalam kenyataan.

Najis tikus yang ditemui di tiga premis makanan sekitar Banting Baru dalam Operasi Premis Bersih Ramadan 4/2020 dijalankan MPKL bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat pada 11 Mei 2020. Foto Facebook MPKL

Beliau berkata pengusaha perlu menjaga kebersihan kerana pihaknya tidak teragak-agak mengambil
tindakan tegas terhadap peniaga ingkar.

Penutupan serta-merta dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan UUK 62 Undang-Undang Kecil
Establisymen Makanan (MDKL) 2007.

Mohamad Zain turut mengingatkan pemilik restoran supaya pembelian hanya melibatkan penghantaran dan pembungkusan sahaja, selaras arahan Kerajaan Negeri.


Pengarang :