Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri meninjau kerja baik pulih jalan raya di kawasan Pelabuhan Klang pada 18 Mei 2020. Foto Facebook Azmizam Zaman Huri
ADNSELANGOR

Wakil rakyat tinjau kerja baik pulih jalan di Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 19 MEI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang malam tadi mengambil kesempatan meninjau kerja baik pulih permukaan jalan raya di sekitar kawasannya.

Azmizam Zaman Huri melalui hantaran di Facebook berkata jalan terbabit ialah FT 103 (Jalan Pelabuhan Klang), FT 3218 (Jalan Kim Chuan) dan FT 02 (Jalan Susur Selari).

“Masalah jalan raya berlubang dan tidak rata antara perkara tidak asing yang perlu dihadapi penguna di dalam kawasan Pelabuhan Klang,” katanya yang turun padang bersama ADN Pandamaran Leong Tuck Chee.

Beliau juga komited untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi memastikan masalah jalan raya di kawasan tersebut diatasi dengan sebaiknya.


Pengarang :