Keadaan trafik pada waktu puncak di Jalan Ampang selepas kerajaan membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan pada 6 Mei 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ziarah raya dilarang walau boleh rentas daerah

SHAH ALAM, 7 MEI: Pergerakan antara daerah untuk ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan meskipun beberapa syarat dilonggarkan kerajaan ketika ini, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana aktiviti itu masih disenaraikan dalam perkara yang dilarang walaupun pergerakan tanpa had masa antara daerah sudah dibenarkan.

“Seperti diumumkan Perdana Menteri pulang ke kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata larangan sama turut terpakai untuk aktiviti sosial dan sukan seperti bola sepak.

Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata orang ramai tidak dibenarkan melakukan perjalanan merentas negeri untuk pulang ke kampung semasa Aidilfitri.

Katanya, perjalanan rentas negeri hanya dibenarkan untuk bekerja dan pulang semula ke rumah setelah terkandas di kampung atau di tempat lain.


Pengarang :