Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam mengarahkan pengunjung yang hadir untuk mengamalkan penjarakan fizikal semasa rondaan di sebuah pasar raya di Seksyen 14 Shah Alam pada 25 Mei 2020. Foto BERNAMA
SELANGOR

14,000 polis Selangor terbabit PKPP, tumpu kawasan perairan

SHAH ALAM, 11 JUN: Seramai 14,000 anggota polis seluruh Selangor terbabit sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula semalam hingga 31 Ogos depan, kata ketua polis Selangor.

Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, bilangan itu merupakan 10 peratus dari 14,000 kekuatan anggota yang ada dan meliputi semua daerah negeri ini.

“Sekatan jalan raya tetap ada walaupun tidak banyak seperti sebelum ini dan akan ditumpukan di kawasan perairan negeri.

“Ini bagi memastikan tiada pendatang asing bolos hingga berisiko membawa penularan Covid-19 dalam negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini berkata beberapa sekatan jalan raya dikekalkan bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin susulan pelaksanaan PKPP.

Polis juga katanya, akan tetap memantau orang ramai bagi memastikan mereka mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).


Pengarang :