Dr Ahmad Shahir Mahktar (dua kanan) menyerahkan pelitup muka kepada Muhammad Hafiz Mohd Haneefa (dua kiri) pada 1 Jun 2020. Foto YIDE
AGENSISELANGOR

300 kotak pelitup muka untuk institusi tahfiz al-Quran Selangor

KLANG, 2 JUN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang 300 kotak pelitup muka kepada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (Pitas) semalam.

Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah berkata ia sebagai tanda prihatin terhadap keperluan perlindungan diri golongan memerlukan ketika berada di pusat komersial atau kawasan umum bagi mencegah penularan Covid-19.

“Bantuan kepada mereka ini adalah hasil sumbangan ikhlas daripada orang ramai yang menyalurkannya ke Tabung Covid-19 Mais,” katanya dalam kenyataan.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar kepada Pengerusi Pitas Muhammad Hafiz Mohd Haneefa.

Mohd Razali berkata pihaknya turut serta dalam penyerahan barangan berkenaan kepada sekolah dan maahad tahfiz berdaftar di bawah Pitas untuk digunakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.


Pengarang :