Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto SUMBER KKM
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

40 kes pulih Covid-19 hari ini, keseluruhan 8,271

SHAH ALAM, 25 JUN: Sebanyak 40 pesakit disahkan pulih Covid-19 dan dibenarkan keluar hospital hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah yang sembuh 8,271 berbanding keseluruhan kes iaitu 8,600 dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan 208 kes.

“Terdapat empat kes baharu dilaporkan iaitu tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan rakyat Malaysia.

“Manakala satu kes penularan di dalam negara juga melibat warga tempatan iaitu kes jangkitan pernafasan akut yang teruk (SARI) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini tiada penularan dalam negara membabitkan bukan warganegara hari ini.

“Sehingga kini, sebanyak dua kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kes kematian kekal 121 iaitu 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya.


Pengarang :