Rodziah Ismail (tengah) menyerahkan bantuan khas kewangan RM300 kepada setiausaha dan AJK Biro Majlis Pengurusan Komuniti Kampung daerah Gombak pada 2 Jun 2020. Foto NORRASYIDAH ARSHAD/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

496 ketua kampung dilindungi skim insurans mulai Jun

GOMBAK, 2 JUN: Seramai 496 ketua kampung termasuk komuniti India di Selangor hari ini menerima Skim Insurans Berkelompok bermula bulan ini, kata EXCO pembangunan luar bandar.

Rodziah Ismail berkata skim meliputi perlindungan takaful sehingga RM15,000 serta insurans hayat membabitkan bayaran khairat kematian.

“Kelulusan dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum sambutan raya dan diwujudkan selepas melihat risiko dihadapi ketua kampung ketika bertugas.

“Mereka tidak mencarum Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial), justeru skim ini melindungi mereka jika terbabit kemalangan termasuk bayaran hospital,” katanya selepas menyerahkan bantuan khas kewangan RM300 kepada setiausaha dan AJK Biro Majlis Pengurusan Komuniti Kampung daerah Gombak.

Berikut pecahan penerima Skim Insurans Berkelompok:

1. Ketua Kampung/Pengerusi MPKK Kampung Tradisi – 371
2. Ketua Kampung/Pengerusi JKKK Kampung Baru – 41
3. Ketua Kampung/Pengerusi JKKK Kampung Bagan – 19
4. Ketua Kampung/Pengerusi JKKK Kampung Tersusun – 17
5. Ketua Komuniti India – 48

Pada November 2019, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan pelaksanaan skim berkenaan bagi menghargai komitmen dan jasa ketua kampung.

NOTA EDITOR: Laporan awal berita ini yang menyebut hampir 900 penerima Skim Insurans Berkelompok adalah tidak tepat. Kesilapan amat dikesali.


Pengarang :