Orang awam berjoging di Taman Tasek Ampang Hilir, Kuala Lumpur pada 17 Jun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas Kerajaan membenarkan aktiviti riadah di taman awam. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

57 kes aktif Covid-19 di Selangor

SHAH ALAM, 17 JUN: Selangor merekodkan 57 kes aktif Covid-19 setakat hari ini dengan Hulu Selangor satu-satunya daerah sifar kes sekaligus berstatus zon hijau, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor.

Sepang merekodkan 13 kes aktif iaitu tertinggi di negeri ini diikuti Kuala Langat (11), Gombak (10) dan Hulu Langat (8), Kuala Selangor (7), Petaling dan Sabak Bernam (3) serta Klang (2).

Data tersebut menunjukkan jumlah keseluruhan kes adalah 2,004 dengan 1,812 daripadanya sembuh.

Hari ini sebanyak lima kes Covid-19 dikesan di Selangor dengan empat daripadanya melibatkan warga emas di pusat jagaan Kuala Selangor manakala satu kes di Maahad Tarbiah Islamiah Al-Ansar, Bestari Jaya.

Selangor turut bebas dari zon merah Covid-19 setelah hampir 23 hari berada dalam zon tersebut sejak 22 Mei lalu.


Pengarang :