Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di Perdana Putra pada 24 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

74 tapak binaan diperiksa, lima diberi amaran

SHAH ALAM, 30 JUN: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memeriksa 74 tapak binaan di seluruh negara semalam, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hasil pemeriksaan lima tapak gagal patuh tatacara operasi piawai (SOP) dikenakan amaran.

“Daripada 74 tapak binaan yang diperiksa, 61 patuh SOP, lima tidak patuh SOP diberi amaran dan lapan tapak tidak beroperasi.

“Setakat ini jumlah keseluruhan tapak binaan patuh SOP ialah 2,561 manakala 477 tidak patuh SOP diberi amaran dan 19 tapak binaan diarah tutup,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Pengarang :