EXCO Kerajaan Negeri, Dr Siti Mariah Mahmud. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

757 kes denggi di Selangor, tiada kematian

SHAH ALAM, 2 JUN: Sebanyak 757 kes denggi direkodkan di Selangor bagi minggu epidemik ke-22 iaitu pada 24 hingga 30 Mei lalu, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata angka itu mencatatkan penurunan 5.1 peratus dan tiada kes kematian berbanding minggu epidemik sebelumnya iaitu 798 kes denggi dengan satu kematian.

“Catatan pada minggu epidemik itu menjadikan kumulatif kematian sebanyak 28 kes dan ia bersamaan dengan tempoh sama tahun lalu manakala kumulatif penurunan kes denggi berbanding minggu epidemik sama tahun sebelumnya aadalah 11.9 peratus,” katanya menerusi Facebook.

Siti Mariah berkata pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala demam denggi perlu mendapatkan rawatan segera.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan penduduk Selangor dalam usaha mencegah Covid-19, mereka juga harus mengamalkan langkah pencegahan denggi seperti memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk, membuang bekas takungan air dan menggunakan semburan.


Pengarang :