Sebahagian penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) membeli-belah di Pasaraya Mustafa, Pasir Penambang. Foto Facebook Permatang Rozana Zainal Abidin
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

871 warga emas, OKU di DUN Permatang terima baucar Jom Shopping

SHAH ALAM, 22 JUN: Sebanyak 871 baucar Jom Shopping selesai diagihkan kepada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.

Baucar membeli-belah di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diberikan kepada peserta yang lahir dari Mac hingga Jun selepas prosesnya tertangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Alhamdulillah semua peserta menerima manfaat baucar dan mereka kini boleh membeli-belah di pasar raya terpilih,” kata Ahli Dewan Negerinya Rozana Zainal Abidin di Facebook.

Beliau berkata warga emas dan OKU yang belum mendaftar boleh merujuk kepada pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung masing-masing atau ke Pusat Khidmat DUN Permatang manakala semakan status di http://mesra.yawas.my/smue/.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sebelum ini mengumumkan penjajaran semula SMUE yang memperuntukkan RM100 setiap bulan kepada peserta.


Pengarang :