Sekinchan menawarkan pelbagai produk pelancongan menarik seperti makanan laut, pemandangan sawah padi dan produk industri kecil dan sederhana. Foto SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Aktiviti pelancongan baharu ganti program skala besar

SHAH ALAM, 23 JUN: Tourism Selangor sedia meneliti program pelancongan baharu bagi menggantikan aktiviti tahunan berskala besar selari dengan perkembangan semasa Covid-19.

Pengurus besarnya berkata acara tahunan berskala besar seperti Festival Bon Odori dan Selangor International Indigenous Arts Festival (SIIAF) adalah penting untuk menjana sektor ekonomi negeri.

Namun penganjurannya terpaksa dibatalkan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

Temu ramah Pengurus Besar Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad di Pejabat Urusan Tourism Selangor pada 23 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Bagaimanapun, Tourism Selangor sedang menilai dan membuat perancangan rapi berkenaan beberapa acara pelancongan baharu yang lebih relevan untuk dilaksanakan ketika dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sekiranya ada program pelancongan terbaharu, kita hebahkannya kepada masyarakat menerusi pelbagai medium yang mudah untuk mereka tahu,” kata Azrul Shah Mohamad kepada SelangorKini.

Bon Odori yang disambut pada musim panas di Jepun dan negara luar diadakan bagi menghormati nenek moyang melalui persembahan, tarian serta nyanyian mengikut rentak drum, gong juga seruling. -foto HAFIZ OTHMAN (SelangorKini)

Tahun lalu, Festival Bon Odori di Kompleks Sukan Negara (Panasonic) menerima kehadiran lebih 40,000 pengunjung.

Festival berskala besar yang diadakan sejak 2008 itu mendapat kerjasama penuh Kerajaan Selangor, Tourism Selangor, Invest Selangor Sdn Bhd, Sekolah Jepun Kuala Lumpur dan Kedutaan Jepun.

Sementara SIIAF yang mempamerkan khazanah warisan kaum Orang Asal menarik lebih 10,000 pengunjung.

Tahun lalu acara tahun itu turut disertai Orang Asal dari Comoros Island, Afrika, Papua New Guinea, Korea Selatan, Chinese Taipei, Indonesia dan Sri Lanka.


Pengarang :