AGENDANASIONAL

Aktiviti penggambaran dibenar bermula 10 Jun

SHAH ALAM, 2 JUN: Kerajaan bersetuju membenarkan penggambaran filem, drama dan pengiklanan bermula 10 Jun ini, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sehubungan itu syarikat produksi diingatkan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kerajaan setuju benarkan aktiviti penggambaran tetapi kena ikut peraturan seperti tidak boleh ada babak sentuhan fizikal antara pelakon, tidak boleh berhimpun dalam jumlah ramai serta beberapa garis panduan lain.

“Jadi kita harap syarikat produksi sila patuh SOP,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan turut bersetuju membenarkan juru foto perkahwinan beroperasi tetapi ia perlu dilakukan di tempat terbuka serta dalam jumlah kecil.


Pengarang :