AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amirudin ucap takziah pemergian bapa MB Negeri Sembilan

SHAH ALAM, 10 JUN: Dato’ Seri Amirudin Shari menzahirkan ucapan takziah kepada Menteri Besar Negeri Sembilan atas pemergian bapanya, Harun Selamat yang meninggal dunia pada 7.45 malam tadi.

Melalui Twitter, Dato’ Menteri Besar mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Innalillahi wainna ilayhi rojiun. Menerima berita sedih Ayahanda kepada YAB Datuk Seri @MenteriBesarNS telah menghembuskan nafas terakhir.

“Semoga roh Allahyarham Hj Harun bin Hj Selamat dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga penuh nikmat. Salam takziah buat keluarga,” tulisnya malam tadi.

Ayahanda Datuk Seri Aminuddin Harun meninggal dunia pada usia 106 tahun kerana sakit tua di kediamannya di Kampung Pachitan, Chuah, Port Dickson.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sawah, Chuah, jam 10 pagi hari ini.


Pengarang :