AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Anwar: Kegagalan sistem tadbir AS wajar jadi pengajaran

SHAH ALAM, 4 JUN: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kerajaan supaya mengambil iktibar daripada  kegagalan sistem pemerintahan yang diamalkan di Amerika Syarikat dalam mengatasi masalah rakyat.

Presiden Parti KEADILAN Rakyat berkata sikap prejudis dan sentimen perkauman yang berleluasa di negara itu mencetuskan kekacauan susulan pembunuhan orang kulit hitam, George Floyd.

“Perkara ini bukan hal baharu, sebaliknya mengakibatkan kemarahan adalah kerana fahaman perkauman sempit dan penghinaan kepada orang kulit hitam (berlaku) selama ratusan tahun.

“Kes pembunuhan (George Floyd) berpunca apabila ada sikap menghina, menindas dan meremehkan kaum berkenaan,” katanya pada siaran langsung di Facebook semalam.

Ahli Parlimen Port Dickson turut mengingatkan Islam melarang sebarang perbuatan yang membawa kepada perpecahan kaum dan meruntuhkan keamanan sesebuah negara termasuk Malaysia yang bersifat majmuk.

“Sentimen membenci kaum terpakai bagi semua, sebab itu Islam berdiri tegak untuk menghilangkan kebencian (kaum),” katanya.


Pengarang :