Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AGENDANASIONAL

Anwar seru martabatkan bahasa Melayu

SHAH ALAM, 21 JUN: Bahasa Melayu perlu dimartabatkan terlebih dahulu sebagai bahasa kebangsaan sebelum dasar lain diperkenalkan termasuk Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden KEADILAN berkata ia perlu diberi perhatian kerana pelaksanaan sistem pendidikan secara terburu-buru dibimbangi akan mengakibatkan kerugian terutama kepada kaum Melayu.

“Kalau soal bahasa Melayu ini dapat diyakinkan sebagai satu bahasa kebangsaan dan ilmu, maka penjanaan dan mengangkat martabat penguasaan bahasa Inggeris itu saya rasa boleh bukan sahaja digalakkan serta diberikan penekanan lebih,” katanya ketika siaran langsung tazkirah di Facebook malam tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson berkata suasana pembelajaran di bandar dan luar bandar yang berbeza juga perlu difikirkan selain keupayaan guru sebagai pelaksana jika sesuatu dasar ingin diperkenalkan.

Dasar PPSMI mula dicadangkan pada 2002 sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada 2008 namum dimansuhkan secara berperingkat sejak 2012 tetapi bahasa Inggeris terus menjadi bahasa pengantar di peringkat universiti, matrikulasi dan tingkatan enam.


Pengarang :