Rodziah Ismail (dua,kiri) menyerahkan replika cek bantuan khas kewangan kepada MPKK Hulu Selangor pada 2 Jun 2020. Foto NORRASYIDAH ARSHAD/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Bayaran khas ahli majlis komuniti kampung selesai minggu depan

HULU SELANGOR, 3 JUN: Bayaran bantuan khas kewangan RM300 kepada ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan diselesaikan selewat-lewatnya Selasa depan.

EXCO Pembangunan Luar Bandar Rodziah Ismail berkata lima daerah masih belum menerima bantuan tersebut membabitkan 12 orang ahli di setiap kampung tradisi.

“Ini adalah program julung kali. Sebelum ini bantuan hanya diberikan kepada pengerusi, namun kita panjangkan ke ahli MPKK selepas melihat jasa mereka membantu Kerajaan Negeri,” katanya selepas menyerahkan bantuan berkenaan kepada MPKK Hulu Selangor semalam.

Sebelum itu, Rodziah menyerahkan bantuan sama kepada MPKK di 32 kampung tradisi daerah Gombak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Bisnes Amal Pemerbadanan Menteri Besar Mohd Jaafarudin Md Ali Al-Hafiz berkata sumbangan tersebut bakal dijadikan program tahunan.

Pada 15 Mei lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan khas kepada setiausaha dan AJK Biro MPPK di 371 kampung tradisi membabitkan implikasi kewangan RM1.335 juta.


Pengarang :